PERKAHWINAN
Apakah hakikat, kenyataan, realiti perkahwinan…? Adakah Ia satu perjudian atau percaturan…?
Jika hakikat suatu perkahwinan itu adalah kerana SEKS,
Maka pasangan mungkin rajin saja bertengkar bila servis di kamar tidur tidak lagi memuaskan.
Jika hakikat suatu perkahwinan itu adalah kerana HARTA,
Maka Perkahwinan itu mungkin saja bakal bubar jika pasangan tadi jatuh muflis.
Jika hakikat suatu perkahwinan itu adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan mungkin saja bakal lari jika rambut mulai beruban dan muka mula keripot atau badan jadi gendut.
Jika hakikat suatu perkahwinan itu adalah kerana ZURIAT,
maka pasangan mungkin saja akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberikan anak.
Jika hakikat suatu perkahwinan itu adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan mungkin saja akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
Jika hakikat suatu perkahwinan itu adalah kerana CINTA,
Hati manusia memangnya tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik dan berbaloi untuk dicintai, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.
Jika hakikat suatu perkahwinan itu adalah kerana IBADAH kepada ALLAH,
sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan tadi mendurhakai ALLAH.
with courtesy of Harith Hauzah.
kali pertama mama dgr nih, dr 'mak mah', a very pleasant old lady yg skali ngn mama msa mama umrah ngn eman dulu. she's like a messenger from Allah unt mama, sedarkn mama. n ntah nape, mama maafkn sgl apa saja yg org-mama-bercinta-6thn wat pd mama. n Alhamdulillah, mama dpt ketenangan. (ingt hatred? dulu mama ade pnyakit nih..huhu..)
kali ke-2... from the-man-that-i love-and-still-in love with. idop mama nih complicated.. hahaaa.. xpe lah... ujian, ye...
hmmmm..... mama will get married when mama 'mentally and emotionally stable', ok?
p/s~>
entry ni dah lama terperam as draft, sejak awal may.
makanya, yg kali ke-2 tu, 'enchek' lah yang cakap... hiksss....



2 comments:
so jawapan nya apa erkk mama?? percaturan ker perjudian ker?? kalau percaturan ada menang ada kalah. kalau perjudian, menang atau kalah tetap kena bakar ngan api newaka.. aci tak macam tuh mama??
aci!!!!
tapi kan spin... mama takot lah nak kawen..huhu...
Post a Comment