epilogue by Grace Nichols:

"I have crossed an ocean
I have lost my tongue
from the root of my old one
a new one has sprung"


Staying Alive, real poems for unreal times(2002)

Sunday, September 13, 2009

mood: hepi tp spoilt dek marah+geram

alhamdulillah... lepas satu berita dan kejadian baik, satu lagik datang.
mama agree pada kata2 mereka, i deserve it.


udah lama ai x online. naik atas, tido dalam bilik atas katil yang best pon baru malam tadik. yup2, i've been sleeping 'sepah2' kat umah. balik sampai umah super penat... orang masih dok makan buke pose, mama tengok ngan mata yang xleh focus otak dah shut...slow2 jalan ke depan, asal ade ceruk mana, mama landing sajork.
mak ade tegur, katanya bersidai2 (sebab mama tido siap kaki sangkut kat mana boley). even kakNgah (panggilan untuk Lala) pon dok suruh mama naik tido elok2. ai x larat you..... bangun sahur pon xlarat, nak kunyah pon xlarat. sangat2 xlarat. rasa cam klu overdo (walaupon jalan) pasti ai hospitalized lepas nih.
~baru check horoscope. ape ke coincidentnya memang la i have to take care of my health.


berita baik lagik: coti mama 14/9-24/9 approved! yiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaa!!! suke nya!!!!


semalam gi opis. penat sangat mama rasa. sangat2 x larat. sampai umah, kat gate lagik dah nampak si kenit dok jalan2 ngan baju n pampers sajork. hok alohhhh..... udah bile si kenit nampak mama, menjerit kesukaan, lari ke mama...polokkkkk.... waaaaaaaahhhhh... btol2 ilang penat.
layan si kenit yang nak main bola sepak (sangat klakar ok, ngan pakai pampers je). hmmm... si kenit dah pandai sepak bola.
rope2nya ada cite di sebalik pampers ittew. thanks alot to makNgah Fateh!!!!!! thanks alot Lala!!!


mama dah terjebak ngan Mafia Wars facebook. yang x bestnya, apsal Tagged nya Mafia Wars xleh link ke facebook ek? atleast $$$ la kan sebab mama dah main yang kat tagged berkurun (pakcik kayo rayo!!!)


--------------------------------------------------------------------------------------------


sangat banyak mende yang mama x suke dari yang mama suke.

mama jugek x suke bila sesiapa wat sesuatu untuk mama tanpa pengetahuan dan persetujuan dari mama. yang punya badan dan yang menanggung adalah mama, tanya dulu boley x?

mama x suke korang kesian kat mama. mama masih bernafas, masih boley berjalan ke sana-sini sendrik. mama ok je sorang2.

when you guys cakap, "suggest/advice" tapi sangat2 'paksa' kaedahnya walaupon mama dah kata, mama x nak.... itu bukan suggest namanya. tolong beza boley x, antara "suggest/advice" ngan 'IT'S AN ORDER'.


appreciate your concern, but please respect me jugek as this is my life yang korang sibuk2.




Saturday, September 5, 2009

my say, negaraku malaysia

rakyat mesia rata2 adalah ignorance. hakikat, kan?


sekarang dah kurang berita/updates H1N1 setelah ade 'rakyat' yang menulis di surat khabar katanya 'over sangat' ye? (maksud dia). kerajaan mesia laks, dengar lah suara rakyat, kan... takot nanti rakyat 'bersepanduk' kat jalan raya laks, pastu susahkan mereka yang bekerja cari rezeki. hak asasi lah sangat, kan.


meh nak cite sket. kitorang dipanggil untuk datang opis ari saturday untuk system testing bagai. kerana company kitorang adalah bukan local company, langkah berjaga2 yang diambil sangat ketat. bos besar check dan make sure sume pakai mask on saturday itself dan hari2 seterusnya ("where's your mask?" andai ade yang x pakai).
company provide mask, alcohol swab, sentiasa clean our workstation with disinfection ape ntah dan every floor ada itu hand sanitizer yang bau obat x sedap yang telah diletak sejak SARS dolu.

up till now, orang2 opis pakai mask bile naik tren. it's true, sebab mama kan naik train. kitorang kat opis, klu ade yang dah rasa batuk seseme walaupon bukan H1N1 atau influenza yang seangkatan dengannya akan pakai mask time keje.


kat luar sana, terlalu ramai so called 'parents' bawak anak2 jalan2, pegi kat tempat ramai manusia berkumpul (shopping) dan kebanyakannya memang xpakai mask. cube bukak mata anda, ada antara mereka di sekeliling anda ni bukan sihat sangat pon, ngan batuk nya, seseme nya....
bile kita x sihat, antibodi kita lemah, lagik senang virus nak attack. kena ingat tuh. bukan H1N1 je, korang kena ingat tuh.


mesia masih promote tourism despite wabak yang melanda, kononnya 'keadaan terkawal'. tengok ape dah jadi sekarang? ngan rakyat yang ignorance...
~sebenarnya mama tau, macam mama pernah type dulu, economic downturn dan wabak adalah sesuatu yang sangat2 x bagus bagi sesebuah negara.



Na baru balik dari Japan. kata Na, kat Japan, those yang sakit xdibenarkan kuar/masuk kawasan/territory lain (sori mama x tau nak wat proper sentence). contoh senang, klu A suspected (baru suspected, ok) dan sakit sekarang ni kat bandar X, A xdibenarkan kuar dari bandar X dan masuk ke bandar lain. dan tiada siapa di luar bandar X dibenarkan masuk ke dalm bandar tersebut.

kat mesia, MRSM (skool my couz) ditutup, anak2 disuruh balik. 'pihak2 berwajib' x pk ke.... on the way back to their hometown, anak2 ni, some of them might be the carrier (cam ni ke eja?) atau pembawa kepada virus tersebut. you're endangering other people's life!!!
anak2, kita sihat dan x sakit x bermakna kita bukan pembawa kepada penyakit2 tertentu.


entry mama ni memang dah terlalu lewat sebenarnya. sejak dari awal virus ni dikesan kat mesia, mama memang geleng pala dan upset ngan cara 'mereka' menangani keadaan nih. and yet, listen to those 'civilian' yang xnak 'berita yang melampau'.
~klu ai, biar 'havoc' biar rakyat takot... sebab bila mereka takot, mereka akan lebey berhati2.


seb baik mama bukan individu berpengaruh dan punya kuasa kat mesia. klu x, ko jangan harap la nak bebas kuar sana-sini nak oiiii... cam korang tengok movie, those infected dan terdedah ngan virus/wabak memang mama akan quarantine kat situ gaks. lantak la makbapak nak nanging jumpe anak... mama xkan benarkan. dan mama idok le biar yang di quarantine tuh cam tu je, tapi akan bagi treatment sewajarnya dan monitor keadaan dorang sentiasa.


mama nak Eman balik mesia raya nih, tapi mengenangkan keadaan mesia yang sangat terok wabaknya dan Eman ada history pneumonia, it's better for him to stay je kat UK. bebudak kat UK pon siap cakap, mesia x isytihar darurat kah?


cube belajar dari mereka(negara maju) camne mereka tangani keadaan camni untuk elak dari terus menular dan melarat. rakyat kita sendrik yang ignorance, bangga ngan AKU SIHAT, pedulik hape. kerajaan pon terlalu mengikut kata rakyat, x tegas - sekejap kata ye, sekejap lagik tak (dalam perlaksanaan). gelak dok kata 'nama sesema babi, tu laaa... sape suruh makan babi?' hamek... ade ke yang x makan babi x mati kerana virus ni?


owh, lagik... mama aritu dengar radio, ni pasal iklan harga barang naik tapi gaji tetap sama.
yang mama nak cite nih... berbalik klu mama ade power, jangan mimpi pada mereka yang berpendapatan kurang 2K sebulan(setelah mama berhati agak mulia) untuk layak beli keta. 1 keta sahaja. u can't imagine what other commitments these ppl have with 2K sebulan, ok. ngan anak berderet lagik. alamak, lupe... anak kan rezeki, errmmsss... adakah anda provide the best untuk anak2 bile commitment tinggi berbanding ngan gaji anda? sile jangan salahkan company yang x bagi increment atau bonus. FIKIR SEBELUM BERNIKAH!


idok le perlu dinaik taraf jalan raya kat mesia ni jadi berbelas2 lane untuk elak jammed. sekat kelayakan untuk beli kenderaan 4 roda dan improve sistem pengangkutan seperti bas, train. jangan lupe gaks pada OKU. infrastructure kat mesia ni x mesra orang kurang upaya. pada rakan2 mama yang dah bergelar architect kat luar sana, ingat pesan lecturer kita. korang2 pon dah blaja obersi seperti lecturer kita dan kita dah tengok camne kat luar sana kan.
haaa... overhead bridge jugek sebenarnya x mesra warga emas. well, korang2 kan ade keta, idop nak stylish... sure x perasaan kat luar sana, masih ramai warga emas menggunakan pengangkutan awam dan rajin berjalan. tapi nak cross jalan camne? tangga overhead bridge udah le tinggi, steep lagik. tolong jangan ade antara korang yang dok kata dalam hati "dah tue pon nak jalan, sape suruh?" please don't. kita kena fikir untuk semua lapisan umur.


pet lover ramai kat mesia. adakah anda spay/neuter anak2 kesayangan anda (kucen/anjing)? jangan laks ade "beranak lagik..." atau "dasar binatang, tau beranak je" eh...i've heard this before, k.
korang x pk ke? manusia pon cam binatang gaks. cume akal manusia lebey. manusia boley pakai kondom, x pon wat abortion. binatang tau ke ape itu kondom?
kerana anda manusia x bertanggungjawab, maka lahirlah 'STRAY CATS AND DOGS'.


52 tahun sudah kita merdeka. fikir2kan.



~ai dah penat type. jom layan mozart.